Ducati Performance 959 Panigale Special Edition diperkenalkan, edisi terhad 25 unit untuk pasaran UK sahaja

0
138

Ducati baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model 959 Panigale edisi istimewa – Ducati Performance 959 Panigale Special Edition, terhad 25 unit untuk pasaran UK sahaja. Model tersebut tersedia dalam dua pilihan varian, Ducati Performance pada harga £15,995, atau dengan tambahan pek Carbon dengan kos ekstra £1000.

Ducati Performance 959 Panigale Special Edition didatangkan dengan sistem ekzos perlumbaan (Akrapovic titanium racing silencer exhaust system), di samping komponen yang diperbuat daripada ‘carbon fibre’ dan ‘billet aluminium’. Setiap unit ditanda dengan nombor unik masing-masing menggunakan ukiran laser di bahagian kepala stereng.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here