Yamaha FZ-07 model tahun 2017 di pasaran USA

0
92

Untuk pasaran USA, Yamaha MT-07 dikenali dengan nama Yamaha FZ-07. Bagi musim jualan tahun depan bermula Februari 2017, model berkenaan didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik seperti ‘Glacier Blue’, ‘Matte Silver’ dan ‘Rapid Red’. Bagi model berwarna ‘Rapid Red’, ianya akan turut ditawarkan dalam versi dengan sistem brek ABS. 

Yamaha FZ-07 2017 dikuasakan enjin ‘inline twin cylinder’ bersesaran 689cc (liquid-cooled DOHC 4-stroke; 8 valves), yang kemudiannya dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan. Harga yang ditawarkan bermula dari $7,199 (versi Non-ABS) sehingga $7,499 (versi ABS). Setakat ini reka bentuk FZ-07 2017 masih belum mengikut jejak langkah radikal FZ-09 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here