Model konsep Honda NeuV akan dilengkapi teknologi AI

0
46

Honda baru-baru ini telah mengumumkan penyertaan mereka di CES 2017 (Consumer Electronics Show) yang akan berlangsung di Las Vegas dari 5 sehingga 8 Januari 2017. Tema Honda kali ini ialah “Cooperative Mobility Ecosystem”, yang mana ianya akan merangkumi teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence), robotik dan kesambungan data yang lebih menyeluruh untuk mengubah pengalaman mobiliti pada masa depan.

Antara yang bakal menarik perhatian ramai di tapak pameran Honda di CES 2017 nanti ialah sebuah model konsep bernama NeuV yang dilengkapi teknologi kepintaran buatan atau AI, dikenali sebagai “emotion engine”. Sistem AI tersebut dikatakan akan membolehkan berlakunya interaksi di antara manusia dan kenderaan, termasuk kemungkinan perkongsian emosi di antara kedua-duanya yang akan melalui fasa baharu lebih erat dan hidup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here