Lakaran Kia Picanto serba baharu didedahkan

0
95

Kia Motors kelmarin telah mendedahkan tiga keping imej lakaran model kompak Kia Picanto generasi ketiga serba baharu, yang bakal membuat kemunculan rasmi sepenuhnya pada awal tahun 2017. Menurut Kia, Picanto serba baharu akan dilengkapi dengan rangkaian teknologi terkini, keselesaan dan kemudahan, serta ciri-ciri keselamatan terbaik.

Di samping rekaan luarannya yang segar dan bertenaga, Kia Picanto serba baharu juga dikatakan bakal menampilkan ruang kabin yang direka semula dengan ciri-ciri lebih moden, dengan susun atur bahagian dalaman yang pintar dan cekap berbanding model sebelumnya. Untuk anda, saksikan tiga keping imej lakaran Kia Picanto generasi ketiga di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here