
Berita baik untuk anda yang mungkin ketika ini bercadang untuk membeli sebuah kereta baharu berjenama Proton. Untuk makluman anda, Proton kini menganjurkan promosi hujung tahun yang membolehkan anda berjimat maksimum sehingga RM8,000.00, melalui pembelian model-model terpilih seperti Proton Iriz, Preve, Suprima S dan MPV Exora.
Promosi tersebut adalah sah untuk setiap pendaftaran kenderaan sehingga tarikh 31 Disember 2016 akan datang. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh lawati bilik pameran Proton yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berikut ialah senarai model keluaran Proton yang menerima diskaun hujung tahun termasuk jumlah diskaun yang ditawarkan;
- Proton Iriz: RM6,000.00
- Proton Preve: RM5,000.00
- Proton Suprima S: RM8,000.00
- Proton Exora: RM4,000.00
Syok kalau ada promosi mcm ni lagi