KTN GP 250 Classic Cafe Racer 2017 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga asas RM11,600.00

0
321

KTNS Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini secara rasminya melancarkan model terbaharu KTN GP 250 Classic Cafe Racer 2017 untuk pasaran Malaysia. Model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 250cc yang menghasilkan prestasi memuaskan, dan paling mendapat perhatian sudah tentulah rekaannya yang bergaya klasik sebagai sebuah model Cafe Racer. 

KTN GP 250 Classic Cafe Racer 2017 ditawarkan pada harga asas sebanyak RM11,600.00 (tidak termasuk GST 6%, insuran dan cukai jalan). Sebelum ini, KTN GP 125 Classic turut ditawarkan di pasaran tempatan dengan enjin 125cc. Dengan kehadiran GP 250 Classic ini, peminat Cafe Racer di pasaran tempatan kini mempunyai pilihan yang lebih menarik.

Sumber: Roda Roda FB & Motorcycle.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here