Aprilia RSV4 FW-GP untuk peminat jentera berprestasi MotoGP

0
137

Untuk peminat motosikal berkuasa tinggi Aprilia RSV4 yang mungkin belum cukup puas dengan prestasi yang dimilikinya, kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan sebuah jentera bertaraf MotoGP terbaharu melalui pengenalan model Aprilia RSV4 FW-GP. Model tersebut dihasilkan melalui program yang diberi nama “Factory Works” oleh Aprilia, melalui naik taraf ekstensif untuk model RSV4 dengan kelengkapan pelbagai ciri-ciri dan teknologi MotoGP.

Menurut Aprilia, jentera istimewa RSV4 FW-GP ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 250hp, lebih dari mencukupi untuk peminat tegar yang ingin merasai sendiri prestasi sebenar sebuah jentera MotoGP ketika beraksi. Antara kelebihan lain untuk pembeli jentera RSV4 FW-GP ini ialah peluang untuk bersemuka dengan jurutera model berkenaan, termasuklah servis eksklusif yang lengkap sebelum, semasa dan selepas jualan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here