Unit ujian Yamaha YZF-R15 model tahun 2017 dikesan!!!

0
224

Tidak dinafikan artikel ini sebenarnya menghadirkan sedikit rasa kecewa kepada semua peminat motosikal di Malaysia, kerana model yang diperkatakan ini tidak pernah di bawa masuk secara rasmi untuk jualan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. 

Memperkenalkan foto ‘spyshot’ pertama unit ujian Yamaha YZF-R15 model tahun 2017 yang baru-baru ini ditemui di atas jalan raya di Indonesia. Menurut sumber dari seberang, rekaan Yamaha YZF-R15 2017 akan mengalami kemaskini yang boleh dikatakan signifikan, yang mana ianya termasuklah USD fork, lampu LED, meter digital LCD sepenuhnya, dan juga enjin baru yang dijangka akan lebih berkuasa.

Ciri-ciri menarik lain pada model YZF-R15 2017 ini dikhabarkan juga akan menyentuh prestasinya secara keseluruhan, tahap keselamatan yang lebih baik dan harga jualan yang lebih bernilai untuk wang (value for money). Menarik sungguh nampaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here