Ferrari J50 diperkenalkan sempena sambutan ulangtahun ke-50 Ferrari di pasaran Jepun, terhad 10 unit sahaja

0
63

Ferrari baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu yang diberi nama J50 di Tokyo, Jepun, bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 jenama tersebut di pasaran negara matahari terbit itu. Menurut Ferrari, pengeluaran J50 terhad kepada hanya 10 unit sahaja.

Ferrari J50 diasaskan binaannya daripada model 488 Spider, dikuasakan oleh enjin V8 3.9 liter yang memenangi anugerah keseluruhan ‘International Engine of the Year Award’ tahun ini. Nampaknya peminat Ferrari di Jepun sangat bertuah untuk memiliki J50 edisi terhad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here