KTM rancang keluarkan versi produksi KTM RC16 mulai tahun 2018, terhad 100 unit untuk kegunaan khusus di litar

0
81

Menurut laporan daripada laman permotoran Speedweek dari Jerman baru-baru ini, KTM RC16 yang merupakan jentera perlumbaan MotoGP untuk musim 2017, bakal dikeluarkan sebagai model produksi dan ditawarkan kepada pelanggan sebagai model tahun 2018. 

Bagaimanapun KTM RC16 2018 itu dikatakan hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad sekurang-kurangnya 100 unit sahaja, khusus untuk kegunaan di litar tertutup dan ianya tidak boleh ditunggang di jalan raya biasa. Menurut CEO KTM, Stefan Pierer yang ditemubual oleh Speedweek, KTM RC16 2018 dijangka akan memiliki kuasa sekitar 240hp, kurang sedikit berbanding jentera rasmi MotoGP yang memiliki kuasa maksimum 270hp.

Harga yang akan ditetapkan pula dikatakan berpatutan berdasarkan falsafah KTM, dalam lingkungan 100,000 atau 120,000 Euro. Sebagai perbandingan, model replica MotoGP Honda RC213V-S dijual pada harga 185,000 Euro dalam versi jalanan (street legal).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here