
Sebelum ini kita telah melihat jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin Suzuki GSX-R150, dan perbandingan dengan dua seteru utamanya Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R. Kali ini kita lihat pula kemampuan enjin Suzuki GSX-S150 apabila dibandingkan dengan dua pencabarnya, Yamaha V-ixion Advance dan Honda CB150R.
Berdasarkan data-data yang didedahkan oleh Suzuki Motor Indonesia baru-baru ini, GSX-S150 memiliki kuasa kuda maksimum 14.1kW @ 10,500rpm dengan tork maksimum 14.0Nm @ 9,000rpm. Jumlah kuasa dan tork tersebut adalah sama seperti yang dimiliki oleh GSX-R150, memandangkan kedua-duanya dipasangkan enjin dan teknologi yang sama.
Untuk melihat perbandingan GSX-S150 dengan dua pencabarnya daripada Yamaha dan Honda, anda boleh melihatnya dalam senarai di bawah:
- Suzuki GSX-S150: 14.1kW @ 10,500rpm & 14Nm @ 9,000rpm
- Yamaha V-ixion Advance: 12.2kW @ 8,500rpm & 14.5Nm @ 7,500rpm
- Honda CB150R: 12.4kW @ 9,000rpm & 13.8Nm & 7,000rpm
Berdasarkan data-data tersebut, didapati kuasa kuda maksimum daripada Suzuki GSX-S150 adalah lebih tinggi mencapai 14.1kW dengan kemampuan enjinnya berputar sehingga 10,500rpm. Berdasarkan teori di atas kertas, Suzuki GSX-S150 akan mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding Yamaha V-ixion Advance dan Honda CB150R.