Boon Siew Honda lancar MSX125 untuk pasaran Malaysia

0
212

Bertambah meriah nampaknya segmen motosikal mini di negara kita ketika ini. Selepas pelancaran Kawasaki Z125 Pro pada bulan Mei 2016 dan pelancaran Benelli TNT135 pada 6 Disember 2016 yang lepas, kini Boon Siew Honda rasmi memperkenalkan MSX125.

Honda MSX125 dikuasakan enjin 125cc (air-cooled, single cylinder, 4-stroke) dengan padanan kotak gear 4-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 7.2kW @ 7,000rpm dengan tork maksimum 11Nm @ 5,250rpm. Enjin tersebut dilengkapi sistem suntikan bahan api PGM-FI yang menjimatkan petrol, dengan isian maksimum tangki sehingga 5.7 liter.

Untuk pasaran Malaysia, MSX125 didatangkan dalam pilihan warna ‘Hyper Yellow’ dan ‘Burning Red’. Menurut Boon Siew Honda, harga untuk MSX125 ditetapkan sebanyak RM11,128.94 termasuk GST, dengan jaminan pengeluar 2 tahun atau 20,000km.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here