Kuasa enjin Suzuki GSX-R150 2017 didedahkan secara rasmi

0
168

2017-suzuki-gsx-r150-metallic-triton-blue-motogp

Model terbaharu Suzuki GSX-R150 2017 membuat kemunculan rasmi di IMOS 2016 pada tarikh 2 November 2016 yang lepas, memberikan makna bahawa model tersebut akan dijual di pasaran Indonesia terlebih dahulu berbanding pasaran di negara-negara lain. 

Sewaktu GSX-R150 diperkenalkan, kuasa yang dihasilkan daripada enjinnya masih belum didedahkan, sehinggalah baru-baru ini Suzuki Motor Indonesia telah mengemaskini data-data rasmi mengenainya. Pada pendapat anda, adakah GSX-R150 mempunyai kuasa yang cukup untuk mengatasi pesaingnya seperti Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R?

suzuki-gsx-r150-cockpit

Berikut ialah kuasa kuda dan tork maksimum enjin untuk ketiga-tiga model:

  • Suzuki GSX-R150: 14.1kW @ 10,500rpm & 14Nm @ 9,000rpm
  • Yamaha YZF-R15: 12.2kW @ 8,500rpm & 14.5Nm @ 7,500rpm
  • Honda CBR150R: 12.6kW @ 9,000rpm & 13.7Nm @ 7,000rpm

Melihat kepada data-data di atas, ternyata kuasa kuda yang dihasilkan oleh enjin GSX-R150 adalah yang paling tinggi berbanding YZF-R15 dan CBR150R. Oleh itu secara teori di atas kertas berdasarkan kuasa enjin tanpa melihat faktor-faktor lain, kelajuan maksimum GSX-R150 mengatasi kelajuan maksimum YZF-R15 dan CBR150R. Adakah anda setuju?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here