Suzuki memperkenalkan maxi skuter Burgman 400 2017

0
130

2017-suzuki-burgman-400-005

Bertempat di EICMA 2016 yang lepas, Suzuki telah memperkenalkan maxi skuter terbaharu Burgman 400 model tahun 2017, yang bakal berada di pasaran Eropah mulai tahun depan. Menurut Suzuki, model berkenaan menggabungkan gaya, keselesaan, praktikaliti dan prestasi, sama ada untuk tunggangan harian mahu pun kembara hujung minggu.

Suzuki Burgman 400 2017 dikuasakan enjin 399cc (4-stroke, 1-cylinder, liquid-cooled, DOHC) yang dipadankan transmisi CVT. Untuk pemberhentian yang lebih meyakinkan, ianya dilengkapi sistem brek ABS. Kapasiti ruang storan di bawah kusyen adalah seluas 42 liter, manakala kapasiti bahan api maksimum (fuel tank capacity) mencapai 13.5 liter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here