Galeri: KTM RC 250 model tahun 2017

0
387

2017-ktm-rc-250-008

KTM RC 250 bagi model tahun 2017 telah menerima kemaskini warna dan grafik baharu, sama seperti yang diterima oleh KTM RC 125 2017. Bagaimanapun jika anda perhatikan gambar-gambar model berkenaan yang disiarkan di dalam galeri di bawah, anda akan dapati rekaan ekzosnya masih sama seperti model tahun 2016, namun paparan di dalam laman sesawang KTM Malaysia menunjukkan ianya telah menerima rekaan ekzos terbaharu yang kini berada di bahagian sisi badan (sila rujuk gambar-gambar di bawah). 

2017-ktm-rc-250-005

Mungkin ianya adalah spesifikasi yang berbeza untuk pasaran di negara-negara yang berlainan, memandangkan gambar-gambar KTM RC 250 2017 yang penulis siarkan dalam galeri di bawah diambil daripada laman web KTM antarabangsa. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada KTM Malaysia sudah mula menawarkan KTM RC 250 2017 di pasaran tempatan, atau masih lagi menawarkan model tahun 2016. Berdasarkan maklumat terdahulu, harga jualan yang ditetapkan untuk KTM RC 250 ialah sekitar RM21k termasuk GST.

ktm-rc-250-2017-ktm-malaysia

Di pasaran Malaysia, KTM RC 250 bersaing dengan beberapa buah model popular yang setaraf seperti Yamaha YZF-R25, Honda CBR250R dan Kawasaki Ninja 250. Kesemua model-model tersebut mempunyai kelebihan masing-masing dari segi spesifikasi dan juga rekaan keseluruhan. Setiap pembelian kebiasaannya bergantung kepada harga yang ditawarkan, kekuatan jenama, servis selepas jualan yang baik dan kemudahan mendapatkan alat ganti, termasuklah nilai harga jualan balik bagi model ‘secondhand’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here