Modenas lancar tiga model skuter terbaharu – Karisma 125, Elegan 250 dan Kymco Downtown 250i

0
1324

modenas-karisma-125-001

Seperti mana kita semua sedia maklum, Modenas pada tarikh 25 November 2016 yang lepas secara rasminya telah melancarkan tiga buah model skuter terbaharu untuk pasaran tempatan, iaitu Modenas Karisma 125, Modenas Elegan 250 dan Kymco Downtown 250i. 

Karisma 125 merupakan model terkecil dengan enjin bersesaran 124.6cc, manakala Elegan 250 dikuasakan enjin 249.1cc. Untuk makluman anda yang mungkin belum tahu, Karisma 125 dan Elegan 250 merupakan model keluaran Kymco yang dijenamakan semula oleh Modenas, manakala Downtown 250i masih menggunakan jenama Kymco, namun diedarkan secara eksklusif oleh EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) iaitu anak syarikat Modenas.

modenas-elegan-250-002

Karisma 125 didatangkan dalam pilihan warna putih dan merah, boleh dimiliki pada harga jualan asas RM4,980.00. Untuk Elegan 250 pula, pilihan warna yang tersedia ialah putih dan hitam, manakala harga jualan asasnya boleh dikatakan berpatutan apabila ditetapkan sebanyak RM12,830.00. Harga jualan asas Kymco Downtown 250i ialah RM21,500.00.

Menurut Modenas, pelancaran ketiga-tiga buah model skuter terbaharu itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan rangkaian perniagaan syarikat, seterusnya mengukuhkan kedudukan Modenas dalam pasaran motosikal tempatan.

Galeri: Modenas Karisma 125

Galeri: Modenas Elegan 250

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here