Honda Rebel 2017 diberikan sentuhan modifikasi mengagumkan – Honda Rebel P-40 Project & Honda Rebel X Project

0
348

honda-rebel-p40-project-001

Model terbaharu Honda Rebel 2017 diperkenalkan secara rasmi pada 17 November 2016 yang lepas, dalam dua versi iaitu Rebel 300 dan Rebel 500. Buat masa ini kedua-dua model tersebut akan ditawarkan di pasaran USA dan Eropah, namun untuk pasaran lain termasuk pasaran Malaysia ianya masih belum diumumkan.

Setakat ini penerimaan peminat dunia permotoran terhadap Honda Rebel 2017 adalah positif, apabila ramai yang memujinya sebagai motosikal dengan gaya rekaan ‘bobber’ yang cukup menarik. Bagaimanapun, Honda mempunyai visi yang lebih luar biasa dan unik untuk Rebel 2017, dan ianya ditunjukkan melalui dua contoh modifikasi.

honda-rebel-x-project-001

Kedua-dua model modifikasi tersebut diberi nama Honda Rebel P-40 Project dan Honda Rebel X Project. Sangat mengagumkan apabila jurutera Honda mampu menghasilkan dua buah model Rebel 2017 dengan modifikasi yang sangat menawan dan ‘cool’, menunjukkan bahawa potensi model tersebut sangat besar.

Apabila berada di pasaran nanti, dijangkakan para pemilik Rebel 2017 akan mengambil inspirasi daripada contoh modifikasi Rebel P-40 Project dan Rebel X Project untuk mengubahsuai motosikal masing-masing. Sementara itu untuk para peminat di Malaysia, anda boleh saksikan galeri gambar-gambar menariknya di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here