Honda EX5 Dream FI Limited Edition 2017 diperkenalkan

0
1608

2017-honda-ex5-dream-fi-limited-edition-001

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda EX5 Dream FI Limited Edition 2017 untuk pasaran tempatan, pada harga sebanyak RM4,874.94 termasuk GST. Model berkenaan tampil dengan imej ‘Metal Chrome’ yang menarik, termasuk dipasangkan rim aloi dengan tayar tanpa tiub, ’emblem logo’, ‘chrome rear grip’ dan ‘headlight cover’.

Menurut Boon Siew Honda, Honda EX5 merupakan sebuah model yang sangat dikenali sejak 29 tahun yang lalu, dan telah terjual lebih daripada 2 juta unit di pasaran Malaysia sejak ianya mula diperkenalkan. Boon Siew Honda menjangkakan model edisi terhad ini akan terus menarik minat pencinta EX5 untuk memilikinya sebagai model koleksi istimewa. Honda EX5 Dream FI Limited Edition 2017 didatangkan dengan jaminan 2 tahun atau 20,000km.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here