Bermulanya revolusi Nissan Micra Gen5

0
104

nissan-micra-gen5-001

Nissan Micra Gen5 serba baharu diperkenalkan buat pertama kali di Paris Motor Show 2016 (1 – 16 Oktober 2016), dengan sasaran jualannya adalah untuk pasaran Eropah. Model hatchback generasi kelima itu kini hadir dengan rekaan yang lebih rendah, lebih lebar dan lebih panjang berbanding model generasi sebelumnya. 

Menurut Nissan lagi, ianya juga dilengkapi sistem penjana kuasa turbo dalam saiz yang lebih kecil, casis yang tangkas dan ciri-ciri keselamatan termaju yang inovatif dan serba lengkap. Mengimbas kembali sejarah Micra, generasi pertama model tersebut muncul di pasaran lebih 30 tahun yang lalu. Dengan pengenalan Micra Gen5 ini, Nissan mengatakan ianya merupakan suatu revolusi yang meningkatkan lagi kemampuan hatchback sepertinya.

Pada hari pelancarannya nanti, Nissan Micra Gen5 akan menawarkan pilihan sama ada enjin petrol tiga silinder turbocas berkapasiti 0.9 liter dan enjin diesel 1.5 liter, kedua-duanya menghasilkan kuasa maksimum 90hp. Ianya kemudian akan diikuti oleh enjin petrol beraspirasi normal 1.0 liter dengan kuasa maksimum 73hp. Nissan mengatakan tahap kecekapan enjin merupakan antara objektif utama pembangunan Micra Gen5.

Nissan Micra generasi kelima akan dikeluarkan dari kilang Renault di Flins, Perancis, yang mana ianya merupakan sebahagian daripada gabungan Renault Nissan Alliance. Jualan model hatchback tersebut di pasaran Eropah akan bermula dari bulan Mac 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here