EMOS kini pengedar eksklusif KYMCO untuk pasaran Malaysia

0
233

kymco-xciting-400i

Apa perkembangan menarik mengenai Modenas sejak akhir-akhir ini? Adakah ianya berkenaan pelancaran model moped 150cc terbaharu yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan? Atau mengenai pelancaran dua buah model skuter terbaharu pada tarikh 25 November 2016 akan datang?

Sebenarnya, berita terkini mengenai Modenas yang boleh dikatakan agak menarik baru-baru ini ialah berkenaan anak syarikatnya iaitu Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), yang kini secara rasmi dilantik sebagai pengedar eksklusif skuter berjenama Kymco untuk pasaran Malaysia. Buat pemulaan ini, EMOS dilaporkan akan membawa masuk dua model skuter KYMCO iaitu KYMCO 250i Downtown dan KYMCO 400i Xciting.

Kalau kita perhatikan, perkembangan pasaran dan jualan skuter KYMCO di negara kita sebelum ini hampir-hampir bagaikan nyawa-nyawa ikan, seolah-olah tidak disedari kewujudannya. Entah di mana silapnya tidak pasti, sedangkan KYMCO merupakan pengeluar motosikal, skuter dan ATV (kenderaan serba guna) nombor satu di Taiwan.

Menurut fakta lain lagi yang penulis perolehi dari akhbar Berita Harian, kedudukan KYMCO di pasaran Eropah, Amerika Utara dan Australia, adalah kukuh, serta turut mencatat perolehan jualan tahunan melebihi AS$1 bilion (RM4.39 bilion). Sepanjang lima dekad yang lalu juga, KYMCO dilaporkan telah memasarkan lebih 10 juta unit skuter, motosikal, e-motosikal dan ATV di 100 buah negara.

Penulis harapkan selepas ini EMOS akan membawa masuk model-model menarik keluaran Kymco untuk pasaran Malaysia, kalau boleh model terbaharu Kymco K Rider 400 yang diperkenalkan CIMAMotor 2016 baru-baru ini. Letak lambang Modenas pun tak apa, sebab model bergaya ‘naked’ itu mempunyai ciri-ciri dan rekaan yang sangat menarik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here