Yamaha 125ZR Super Sport 2016 masih di pasaran

0
509

2016-yamaha-125zr-super-sport-kuning

Sekitar awal tahun ini, terdengar ura-ura bahawa model dua lejang terhangat Yamaha 125ZR Super Sport 2016, bakal menjadi yang terakhir sebelum ditamatkan pengeluarannya. Pada April yang lepas, mungkin sebagai edisi penamat, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah memperkenalkan 125ZR Super Sport 2016 dalam warna kuning menawan.

Oleh itu baru-baru ini penulis telah melakukan tinjauan rambang di beberapa buah kedai menjual motosikal, dan mendapati masih terdapat unit-unit model berkenaan di pasaran, termasuk model yang berwarna kuning. Jadi ura-ura penamatan pengeluarannya sebelum ini didapati tidak benar, tambahan pula HLYM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Jadi inilah dia sebuah model moped dua lejang berprestasi yang masih boleh didapati di pasaran ketika ini, selain daripada Modenas Dinamik. Untuk anda yang mungkin mementingkan kelajuan dan tidak kisah berbelanja lebih untuk mengisi petrol, Yamaha 125ZR Super Sport 2016 berwarna kuning yang sporty ini semestinya pilihan paling ideal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here