Perlumbaan Cub Prix 2017 bakal dibarisi jentera 150cc, saingan sebenar di antara Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R

2
1005

honda-rs150r-cub-prix

Seingat penulis, sejak kali pertama menulis di dalam blog permotoran pada tahun 2008 yang lalu, tidak pernah sekali pun penulis menerbitkan sebarang artikel mengenai kejuaraan cup prix tempatan. Entah kenapa, penulis sendiri pun tidak pasti, sedangkan artikel mengenai perlumbaan MotoGP di Litar Sepang pernah beberapa kali penulis terbitkan.

Untuk makluman juga, kali pertama dan juga kali terakhir penulis saksikan perlumbaan cub prix suatu ketika dahulu ialah sekitar tahun 1998, bertempat di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Selepas itu untuk kali kedua, cup prix seolah-olah hilang dari radar kehidupan penulis sehinggalah ke saat ini. Namun entah kenapa sejak beberapa hari yang lepas, penulis tergerak hati untuk menonton kejuaraan cub prix di Taiping, Perak, yang berlangsung hujung minggu ini dari 19 sehingga 20 November 2016.

Salah satu sebabnya ialah kerana penulis berasa teruja apabila mendengar berita bahawa untuk pusingan tahun depan, perlumbaan cub prix akan dibarisi oleh jentera-jentera dengan enjin 150cc, semestinya Yamaha Y15ZR dan juga Honda RS150R. Penulis tidak pasti pula sama ada jentera Suzuki Belang R150 akan turut mempamerkan prestasinya dalam saingan tahun depan, jika ada pasti ianya merupakan pertembungan yang sangat menarik.

jentera-cub-prix-150cc

Entah kenapa, hajat penulis untuk bertandang ke Taiping, Perak sejak kelmarin dan juga hari ini, demi menonton Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas untuk pusingan terakhir tahun ini, tidak tercapai. Penulis berasa sangat kecewa kerana terlepas peluang ini, kerana sejak awal-awal lagi penulis telah memasang angan-angan untuk melihat dengan lebih dekat jentera Y15ZR dan RS150R yang akan digunakan dalam perlumbaan tahun depan.

Mungkin belum ada rezeki, itu saja yang boleh penulis katakan. Bagaimanapun untuk tahun depan, penulis bertekad untuk hadir ke kejuaraan cup prix yang akan berlangsung, sekurang-kurangnya di kawasan utara ini. Pasti menarik dan sangat mengujakan untuk melihat jentera-jentera moped 150cc yang telah diubahsuai beraksi di litar cub prix buat pertama kali.

Sumber gambar dari: Malaysian Cub Prix Facebook

2 COMMENTS

  1. Kenapa suzuki belang tidak memasuki cub prix cp150 dengan yamaha honda..sedangkan suzuki belang lebih terdahulu dalam cub prix cuma beraksi sesama suzuki belang sahaja.tq admin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here