Proton siarkan video ‘teaser’ MPV Proton Ertiga, adakah pelancaran rasminya pada 24 November 2016?

0
257

the-new-proton-ertiga-001

Proton hari ini telah menyiarkan ‘teaser’ pertama mengenai model terbaharu keluarannya yang akan dilancarkan tidak lama lagi – MPV Proton Ertiga. Menariknya ‘teaser’ yang dibuat dalam bentuk video pendek itu ialah terdapat petunjuk jelas bahawa model berkenaan mungkin akan dilancarkan pada tarikh 24hb. November 2016 (Khamis).

the-new-proton-ertiga-002

Bayangan Proton Ertiga juga telah diperlihatkan di dalam video ‘teaser’ tersebut, membolehkan kita melihat dengan agak jelas reka bentuk bahagian hadapan model MPV yang dinanti-nantikan itu. Lebih menarik lagi, namanya terpampang jelas ‘Proton Ertiga’, bermakna nama asal daripada Suzuki Ertiga dijangka akan kekal tidak berubah.

Menurut maklumat awal yang diperolehi sebelum ini, harga MPV Proton Ertiga dijangka akan ditetapkan dalam lingkungan RM60k sehingga RM70k. Kepada anda yang mengharapkan harganya akan berada di bawah paras RM60k, ianya mungkin tidak akan terjadi. Apa pun kita tunggu sehingga model tersebut dilancarkan untuk maklumat yang lebih tepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here