Honda Rebel 300 dan Honda Rebel 500 model tahun 2017 diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat (USA)

0
1391

2017-honda-rebel-500-001-abs

Honda pada 17 November 2016, telah memperkenalkan sepasang model terbaharu Honda Rebel 300 dan Honda Rebel 500, untuk pasaran USA. Kedua-dua model berkenaan dilengkapi enjin berkapasiti 286cc (single cylinder engine) dan 471cc (parallel twin engine), hadir dengan gaya retro moden yang ‘cool’ bersama-sama gaya tunggangan santai. 

Kedua-dua model berkenaan didatangkan dalam varian standard dan juga ABS, termasuk didatangkan dengan pilihan beberapa warna yang menarik. Berikut ialah senarai pilihan warna untuk Honda Rebel 300 dan Honda Rebel 500:

  • Rebel 300: Matte Silver, Matte Pearl White, Black, Red
  • Rebel 300 ABS: Black
  • Rebel 500: Matte Silver, Bright Yellow, Black, Red
  • Rebel 500 ABS: Black

Buat masa ini harga tentatif yang diumumkan untuk Rebel 300 ialah sebanyak $4,399, manakala Rebel 500 berharga sebanyak $5,999. Kedua-dua model tersebut akan berada di pasaran USA mulai bulan April 2017. Agak menarik rasanya kalau Honda Rebel 300 dan Rebel 500 ini turut ditawarkan di pasaran Malaysia, sesuai untuk peminat motosikal retro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here