Suzuki Raider R150 FI dilancarkan di pasaran Vietnam

0
163

suzuki-raider-r150-2016-vietnam-025

Selepas Indonesia, kini generasi baharu Suzuki R150 FI secara rasminya dilancarkan di pasaran Vietnam. Majlis pelancaran berlangsung kelmarin pada tarikh 15hb. November 2016. Untuk pasaran Vietnam, Suzuki R150 FI diperkenalkan dalam tiga pilihan warna seperti biru hitam, merah hitam dan di dalam skim warna dan grafik Suzuki MotoGP.

Kita imbas kembali spesifikasi model moped berprestasi ini. Suzuki R150 FI dikuasakan enjin berkapasiti 147.3cc, 4-lejang dengan satu silinder tunggal, DOHC, 4-valve, serta dilengkapi sistem penyejuk cecair dan juga sistem suntikan bahan api ‘Fuel Injection’. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin yang dipadankan kotak gear 6-kelajuan itu sangat memuaskan, pada paras 18.45hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 13.8Nm @ 8,500rpm.

Sistem suntikan bahan api yang digunakan pada model berkenaan dikatakan mampu menjimatkan petrol sehingga 28 peratus. Tangki petrolnya pula mampu memuatkan isian sehingga 4 liter, dengan berat model ini ialah 109kg. Melihat aspek reka bentuknya, penulis boleh katakan rekaannya kelihatan lebih sporty berbanding model terdahulu.

Untuk pasaran Malaysia jika ada yang bertanya, setakat ini masih belum ada sebarang berita mengenai kemungkinan ianya akan dilancarkan di sini. Diharapkan pengedar baru motosikal Suzuki di pasaran tempatan nanti, jika benar ianya akan diambil alih oleh syarikat besar tersebut, akan membawa masuk model ini termasuk model-model lain di bawah 250cc.

Sumber gambar dari: Tinhte.vn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here