Model konsep eletrik Jaguar I-PACE diperkenalkan, versi produksi akan berada di pasaran mulai 2018

0
60

the-jaguar-i-pace-concept-car-001

Jaguar kelmarin secara rasminya memperkenalkan model konsep eletrik pertama keluarannya, diberi nama Jaguar I-PACE Concept. Lebih menarik lagi, ianya bukan sekadar sebuah konsep semata-mata, sebaliknya versi pengeluaran model konsep tersebut telah disahkan akan berada di pasaran mulai tahun 2018 akan datang.

Menurut Jaguar, model konsep I-PACE akan menawarkan penampilan, rekaan dan prestasi bagaikan sebuah model ‘supercar’, namun dengan ruang yang luas bagaikan sebuah SUV. Sistem penjana kuasanya adalah eletrik sepenuhnya, yang kemudiannya dipadankan dengan sistem pacuan semua roda yang memberi fokus kepada pemandu, bersama-sama motor eletrik berkembar yang menjana sehingga 400PS dengan tork maksimum 700Nm.

Dengan kuasa yang sebegitu mewah, Jaguar I-PACE Concept mampu memecut dari sifar ke 60 mph dalam masa sekitar 4 saat, dengan jarak perjalanan dalam lingkungan lebih 500 km (NEDC cycle). Model tersebut turut dilengkapi sistem pengecasan pantas bagi mengecas baterinya dalam tempoh yang singkat. Mungkin inilah pencabar sebenar Tesla.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here