Mazda CX-5 2017 serba baharu diperkenalkan secara rasmi, bakal dipamerkan di Los Angeles Auto Show 2016

0
96

all-new-mazda-cx-5-2017-001

Menjelang kemunculan pertamanya di pameran automotif Los Angeles Auto Show 2016 yang akan dibuka kepada orang ramai pada 18 November 2016 (18 – 27 November 2016), Mazda hari ini secara rasminya memperkenalkan generasi kedua SUV CX-5 2017 serba baharu.

Mazda CX-5 2017 serba baharu masih mengekalkan gaya rekaan KODO – Soul of Motion, dengan reka bentuk luaran yang telah diperhalusi semula agar¬†penampilan terkininya lebih sporty dan segar. Menurut Mazda, CX-5 2017 serba baharu akan didatangkan dengan kelengkapan penuh teknologi SKYACTIV, termasuk dua enjin petrol SKYACTIV-G 2.0 dan SKYACTIV-G 2.5, di samping enjin SKYACTIV-D 2.2 ‘clean diesel’.

Ketiga-tiga enjin tersebut dikatakan akan menawarkan prestasi yang cemerlang, bersama-sama tahap ekonomi sebenar yang sangat menjimatkan dan pelepasan emisi pada kadar sangat rendah. Model itu juga akan dilengkapi dengan teknologi ‘G-Vectoring Control’, termasuklah ‘windscreen head-up display’ dan ‘remote-controlled power liftgate’.

Penambahbaikan lain ialah pengenalan warna luaran terbaharu ‘Soul Red Crystal’ yang menawarkan tahap penglihatan warna yang lebih menarik berbanding warna terdahulu ‘Soul Red Metallic’. Tambah Mazda lagi, jualan CX-5 2017 serba baharu akan bermula di pasaran Jepun mulai bulan Februari 2017, sebelum ditawarkan di pasaran global yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here