Suzuki Rider R150 FI bakal dilancarkan di pasaran Vietnam, dengan lampu signal depan dan belakang jenis terpisah

0
149

2016-suzuki-raider-r150-fi-004

Agak lama tidak mendengar berita mengenai generasi terbaharu Suzuki Raider R150 FI untuk pasaran Vietnam, yang sebelum ini muncul melalui sekeping gambar pada bulan Mac 2016 yang lalu. Model berkenaan sebelum ini dilancarkan di pasaran Indonesia, dan dikenali dengan nama Suzuki Satria F150 serba baharu model tahun 2016.

Hari ini melalui laman Facebook Club Honda Winner 150cc, beberapa keping gambar Suzuki Raider R150 FI 2016 telah dirakamkan berada di salah sebuah bilik pameran Suzuki di Vietnam, memberikan petunjuk bahawa model tersebut mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Seingat penulis, Raider R150 FI 2016 belum dilancarkan secara rasmi di pasaran Vietnam, malah maklumat di dalam laman sesawang Suzuki Motor Vietnam juga masih tidak berubah dan masih memaparkan model Raider R150 yang lama.

Apa yang menarik perhatian ialah Raider R150 FI 2016 untuk pasaran Vietnam ini telah mengalami perubahan ketara, iaitu dilengkapi lampu signal di bahagian depan dan belakang jenis terpisah. Tidak dapat dipastikan kenapa berlakunya perubahan seperti itu berbanding Satria F150, adakah kerana ianya piawaian terbaharu seperti di pasaran Malaysia?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here