Yamaha RX115 keluaran tahun 1988

0
2300

1998-yamaha-rx115-001

Sebelum Yamaha RX-Z 135 menjadi popular dan mencetus fenomena tersendiri di pasaran Malaysia, model pendahulunya Yamaha RX115 (Yamaha RX-S) terlebih dahulu berjaya menarik perhatian ramai pengguna sekitar awal dan pertengahan 1980-an dahulu. 

Yamaha RX115 dikuasakan enjin dua lejang dalam kapasiti 115cc, dengan padanan transmisi lima kelajuan. Seingat penulis semasa kecil dahulu, peminat motosikal yang tidak mampu membeli RX-Z akan mengubahsuai RX-S, dan hasilnya tidak mengecewakan.

Yamaha RX115 bukan saja popular di pasaran Malaysia, malah juga popular di pasaran Thailand, Pakistan, Turki, Uruguay, Singapura, Venezuela dan Colombia (sumber dari Wikepedia). Berikut ialah gambar-gambar menarik RX115 keluaran tahun 1988.

Sumber gambar dari: Yamaha Motor Co, Ltd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here