
Model paling baharu MPV Proton Ertiga akan dilancarkan dalam tempoh penghujung tahun ini, cuma tarikh sebenar majlis pelancarannya masih dirahsiakan. Bagaimanapun ini tidak menghalang kita melihat gambar-gambar sebenar model berkenaan, terima kasih kepada pemilik gambar ini yang sudi menyiarkannya di dalam laman sosial Facebook.
Berdasarkan tiga keping gambar yang disiarkan di sini, boleh dikatakan perubahan yang dilakukan oleh Proton terhadap model asal Suzuki Ertiga ini terlalu minima. Mungkin kerana telah termaktub di dalam perjanjian sebelum ini, bahawa Proton tidak dibenarkan membuat perubahan yang terlalu besar di bahagian luaran dan dalaman, termasuk aspek teknikal.
Bagaimanapun untuk mendapatkan gambaran sebenar apa yang akan ditawarkan oleh MPV Proton Ertiga ini nanti, kita perlu menunggu sehingga tarikh pelancarannya. Apa yang dapat penulis katakan, senarai harga yang tepat akan membantu Proton menjual model ini tanpa sebarang masalah, terutamanya untuk bersaing dengan MPV Perodua Alza.
Sumber: Proton Persona VVT Community FB