EICMA 2016: KTM 1290 Super Duke R 2017 (The Beast 2.0)

0
123

2017-ktm-1290-super-duke-r-006

Bintang utama KTM di acara pameran motosikal EICMA 2016 sudah pastinya KTM 1290 Super Duke R model tahun 2017, yang kini menerima gelaran terbaharu ‘The Beast 2.0’. Reka bentuk terkininya telah diperbaharui menjadikan penampilannya kini lebih tajam, sporty dan bertambah agresif, paling menyerlah ialah rekaan lampu depan terbaharu unik LED. 

‘The Beast 2.0’ juga menerima panel badan yang baharu, sistem penghidup tanpa kunci, paparan meter TFT sepenuhnya, suspensi depan dan belakang WP, sistem brek yang dipertingkatkan, seterusnya disertai kuasa enjin (1,301cc, 2-cylinder, 4-stroke, V 75°) yang kini mencapai 177bhp @ 9,750rpm. Berat kering jentera ganas itu hanyalah 196 kilogram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here