BMW F 700 GS model tahun 2017 diperkenalkan

1
98

2017-bmw-f-700-gs-001

Pada Julai 2016 yang lepas, BMW Motorrad telah memperkenalkan trio motosikal GS terbaharu keluarannya di dalam siri F, yang kini telah menerima beberapa kemaskini terbaharu untuk model tahun 2017. Ketiga-tiga model dalam segmen kembara tersebut adalah BMW F 700 GS, BMW F 800 GS dan BMW F 800 GS Adventure 2017.

Sama seperti model terdahulu, BMW F 700 GS 2017 ditetapkan sasaran khusus untuk para penunggang yang inginkan corak tunggangan seperti enduro, namun tidak memerlukan terlalu banyak cabaran off-road. Kelebihannya ialah ketinggian tempat duduk yang lebih rendah, keupayaan keseluruhan memuaskan dengan kuasa mencukupi, bersama-sama tahap penggunaan bahan api cemerlang dan kualiti untuk tunggangan harian.

BMW F 700 GS 2017 juga dilengkapi paparan meter yang direka semula dan lebih mudah dibaca, dengan tambahan ciri MIL (Malfunction Indicator Light) termasuklah paparan informasi mod tunggangan. Mod tunggangan “Rain” and “Road” merupakan ciri standard terkini. Penampilan yang menarik disudahi dengan pilihan tiga warna dan gaya untuk model berkenaan, termasuk lebih mesra alam dengan piawaian terkini Euro 4.

1 COMMENT

  1. Thank you James, I must say that I am an avid follower of your blog. Yo3#u&9;ve made me discover so many new designers and writers. As for WILFs, well, I think you're right, there is something there… Perhaps we should compile a list of some sort? You should check out my prose fiction too!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here