INTERMOT 2016: Suzuki V-Strom 650 & V-Strom 650XT 2017

0
117

2017-suzuki-v-strom-650-002

Suzuki V-Strom 650 2017

Suzuki V-Strom 650 dan V-Strom 650XT model tahun 2017 diperkenalkan secara rasmi di INTERMOT 2016 yang berlangsung di Cologne, Jerman pada awal Oktober yang lepas. Kedua-dua model kini didatangkan dengan gaya rekaan yang dikemaskini semula berdasarkan gaya yang diambil daripada model lebih besar Suzuki V-Strom 1000.

2017-suzuki-v-strom-650xt-006

Suzuki V-Strom 650XT 2017 dengan aksesori

Menurut Suzuki, model tahun 2017 ini kini menawarkan kuasa yang lebih tinggi, berat yang dikurangkan, sistem bantuan ‘traction control’ dan juga enjin yang menepati regulasi emisi Euro 4. Enjin V-twin berkapasiti 645cc yang telah terbukti selama ini memiliki kuasa yang dipertingkatkan kepada 70bhp @ 8,800rpm dengan tork maksimum 62Nm @ 6,500rpm.

2017-suzuki-v-strom-650-specifications

Untuk pasaran Eropah, kedua-dua varian Suzuki V-Strom 650 dan V-Strom 650XT 2017 akan tiba mulai awal tahun depan, dalam tiga pilihan warna yang menarik seperti kuning, putih dan hitam. Pelbagai pilihan aksesori yang komprehensif juga tersedia antaranya termasuklah ‘integrated luggage’, ‘centre-stand’, ‘touring screen’ dan ‘heated grips’.

Galeri: Suzuki V-Strom 650 2017

Galeri: Suzuki V-Strom 650XT 2017

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here