
Di EICMA 2016, MV Agusta telah mempamerkan Brutale 800 RR 2017 baharu, sebagai sebuah motosikal ‘naked’ yang dikatakan antara yang tercantik sepanjang zaman, paling berkuasa dan paling berteknologi. Tahap pengeluaran emisi model tersebut juga telah diperbaiki dan ianya kini mematuhi piawaian ketat Euro 4.
RR dikatakan merujuk kepada kuasa maksimum, dibuktikan kepada jumlah yang dicapai setinggi 140hp @ 13,100rpm dengan tork maksimum 86Nm @ 10,000rpm. Semakan terkini di bahagian enjin telah mengurangkan bunyi bising, manakala sistem transmisi direka semula untuk peralihan gear yang lebih lancar. Menurut MV Agusta, peningkatan di bahagian eletronik juga telah dilakukan, temasuk di bahagian suspensi dan brek.
MV Agusta Brutale 800 RR 2017 boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti ‘Ice / Carbon Black Metallic’ dan ‘Red Shock Pearl / Carbon Black Metallic’.