Modenas telah mengesahkan dua model skuter terbaharu 125cc dan 250cc akan dilancarkan pada 25 November 2016

0
192

pelancaran-model-terbaru-modenas-2016

Modenas hari ini telah menyiarkan ‘teaser’ kedua mengenai model terbaharu yang akan dilancarkannya dalam bulan ini, sekaligus mengesahkan bahawa kedua-dua model tersebut adalah skuter dalam segmen 125cc dan 250cc. Tarikh pelancaran rasmi juga telah diumumkan melalui ‘teaser’ tersebut, pada 25 November 2016, bersamaan hari Jumaat.

Sebelum ini penulis telah menyiarkan gambar dua model skuter yang dipercayai bernama Modenas Karisma 125 dan Modenas Elegan 250, kedua-duanya merupakan model skuter keluaran Kymco yang telah dijenamakan semula oleh Modenas. Berdasarkan maklumat terdahulu, model-model skuter Kymco di bawah 250cc akan diedarkan oleh Modenas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here