Minyak enjin Petronas Syntium SE baharu dilancarkan eksklusif untuk kereta Proton

0
348

pelancaran-minyak-petronas-syntium-se-untuk-proton-001

Proton hari ini dengan kerjasama Petronas telah melancarkan rangkaian minyak enjin Petronas Syntium SE baharu yang eksklusif. Minyak enjin tersebut dikeluarkan khusus berdasarkan formula canggih terkini untuk mengoptimumkan prestasi kereta Proton dan pada masa yang sama memperbaiki kos pemilikan kereta dalam jangka masa panjang.

Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Subang Jaya, ianya turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, En. Zubair Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd (“PLMM”) dan Pengurusan Kanan dari pihak Proton dan Petronas.

Menurut Proton, adalah penting untuk setiap pemandu menggunakan minyak enjin yang bersesuaian untuk menangani tekanan situasi pemanduan masa kini. Ketika kereta bergerak, adakalanya pemandu tidak sedar bahawa suhu enjin meningkat secara berterusan, terutamanya semasa kesesakan lalu lintas, memandu di cerun yang curam dan secara laju di lebuh raya. Akibatnya, ia memberi kesan kepada enjin dalam jangka masa panjang.

Oleh itu Proton dengan kerjasama Petronas, telah mengambil langkah untuk mengatasi setiap masalah yang mungkin akan berlaku, seterusnya memberikan lebih nilai melalui pengenalan rangkaian minyak enjin eksklusif untuk kereta-kereta Proton. Rangkaian Petronas Syntium SE ini boleh didapati di semua pusat servis Proton yang diiktiraf.

pelancaran-minyak-petronas-syntium-se-untuk-proton-002

Menurut Proton lagi, pengenalan rangkaian minyak enjin eksklusif yang baharu ini juga merupakan bukti bahawa inisiatif ‘Pelanggan Diutamakan’ sentiasa menjadi keutamaan syarikat, di samping memberi nilai yang lebih baik untuk para pelanggan untuk jangka masa pendek dan panjang. Di bawah kerjasama itu juga, pemilik kereta Proton akan menikmati penjimatan sehingga 20% untuk servis yang berikutnya di pusat servis Proton Edar.

Minyak enjin Petronas Syntium SE baharu didatangkan dalam tiga pilihan: Petronas Syntium 3000 (5W-30) fully synthetic; Petronas Syntium 800 (10W-30) semi-synthetic atau Petronas Syntium 500 (15W-40) yang berasaskan mineral. Ianya merupakan rangkaian minyak enjin yang disyorkan oleh Petronas dalam memberikan prestasi optimum ketika pemanduan. Servis berkala bagi kesemua kereta Proton adalah 10,000 km dan ini digunapakai untuk semua jenis minyak enjin, termasuk minyak enjin Petronas Syntium SE baharu.

“Dengan adanya rangkaian minyak enjin PETRONAS Syntium SE yang eksklusif, para pelanggan kami dapat menikmati lebih nilai apabila menghantar kereta mereka untuk diservis di mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf.Tambahan pula, mereka akan mengalami pemanduan yang lebih baik dari segi prestasi kereta, pada kos penyelenggaraan yang lebih rendah,” kata Dato’ Fuaad.

“Rangkaian minyak enjin yang eksklusif untuk kereta-kereta PROTON dari jenama PETRONAS Syntium ini adalah direka khusus dengan teknologi CoolTechTM yang membantu melindungi dari kenaikan suhu yang melampau, menjadikan enjin kereta lebih efisyen untuk pemanduan yang mudah,” tambah En Zubair.

pelancaran-minyak-petronas-syntium-se-untuk-proton-003

“Langkah untuk memperkenalkan minyak enjin PETRONAS Syntium SE ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan pengalaman khidmat pelanggan yang lebih baik dan untuk mengurangkan kos pemilikan bagi jangka panjang kepada para pelanggan. Antara usaha pembaikan yang dilakukan termasuk meningkatkan bilangan pusat servis yang beroperasi 7-hari seminggu, dari 23 kepada 27 cawangan pada hujung tahun, untuk memenuhi permintaan servis yang semakin meningkat.

Tambahan pula, para pelanggan turut dapat membuat temujanji untuk menghantar kereta mereka untuk diservis melalui aplikasi mudah alih MyProton yang boleh dimuat turun melalui platform Android serta iOS. Lebih banyak lagi yang boleh diusahakan demi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan masa kini,” tambah Dato’ Fuaad.

Sumber daripada siaran akhbar Proton Holdings Bhd (disunting semula oleh penulis). 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here