Gaya rekaan baharu untuk KTM 200 DUKE dan 250 DUKE 2017

0
1025

2017-ktm-250-duke-006

Sejak beberapa hari yang lepas, peminat model ‘naked’ keluaran KTM terpesona dengan reka bentuk dan gaya rekaan terbaharu untuk 390 DUKE 2017 yang diperkenalkan di EICMA 2016. Justeru, ramai yang mengharapkan gaya rekaan yang menarik itu akan turut diterapkan kepada model 200 DUKE dan 250 DUKE untuk keluaran tahun 2017. 

Nampaknya harapan itu menjadi kenyataan, apabila kedua-dua model berkenaan kini telah muncul di dalam laman sesawang rasmi KTM, dengan penampilan terbaharu yang mirip model 390 DUKE 2017. Bagaimanapun apabila diperhatikan dengan lebih dekat, lampu depan 200 DUKE dan 250 DUKE 2017 menunjukkan sedikit perbezaan, tanpa garis pemisah di tengah-tengahnya. Namun begitu ianya kekal nipis dan garang daripada pandangan sisi.

2017-ktm-250-duke-001

Apa yang boleh dikatakan, perbezaan reka bentuk di antara Duke 200 dan Duke 250 untuk tahun 2016 dan 2017 sangat ketara, tidak dapat dinafikan lagi ianya sangat mengujakan. Dari segi spesifikasi, kedua-duanya masih dikuasakan enjin dalam sesaran sama, dan dipercayai turut didatangkan dengan ciri-ciri terbaharu lain seperti 390 DUKE 2017. Buat masa ini kita lihat dahulu gambar-gambar menarik kedua-dua model dalam galeri di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here