Kawasaki perkenal Versys-X 250 dan Versys-X 250 Tourer

0
361

2017-kawasaki-versys-x-250-tourer

Untuk pasaran Eropah, Kawasaki telah memperkenalkan model jelajah terbaharu Kawasaki Versys-X 300 di pameran motosikal EICMA 2016 baru-baru ini. Untuk pasaran Jepun pula, Kawasaki turut memperkenalkan model tersebut termasuk varian Versys-X 300 Tourer, namun dengan tambahan model Versys-X 250 dan Versys-X 250 Tourer.

Pengenalan kedua-dua model jelajah berkenaan dalam kelas 250cc sememangnya sudah dijangka, memandangkan pasaran untuk Versys-X 250 dan Versys-X 250 Tourer adalah lebih luas berbanding model dalam kelas 300cc. Dijangkakan untuk pasaran ASEAN termasuk Malaysia, Versys-X 250 dan Versys-X 250 Tourer akan dilancarkan pada tahun depan.

Kawasaki Versys-X 250 dan Versys-X 250 Tourer 2017 ini dilengkapi enjin bersesaran 249cc (4-stroke Parallel Twin, DOHC 8-valve, Liquid-cooled, Digital Fuel Injection), yang kemudiannya dipadankan transmisi 6-kelajuan. ‘Candy Lime Green / Metallic Graphite Gray’ dan ‘Metallic Graphite Gray / Flat Ebony’ merupakan pilihan warna yang ditawarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here