‘Iriz Edisi Terhad’ diperkenalkan di Malaysia Autoshow 2016

0
191

limited-edition-proton-iriz-001

Bertempat di acara permotoran Malaysia Autoshow 2016 yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa MINES (MIECC), bermula dari 10 sehingga 13 November 2016, Proton secara rasminya memperkenalkan Proton Iriz Edisi Terhad (Limited Edition Iriz) yang tampil sporty dengan rekaan grafik dan warna-warna menarik.

Melalui siri rekaan terbaharu Proton yang diberi nama Siri Proton Design (Proton Design Series), Iriz Edisi Terhad didatangkan dalam dua varian iaitu Iriz 1.3 CVT Standard dan Iriz 1.3 Executive CVT. Kedua-dua varian Iriz edisi terhad tersebut hadir dengan corak dan jalur grafik yang menarik sama ada ‘Honeycomb’ atau ‘The Stripe’. Bagi corak ‘Honeycomb’, ianya tersedia untuk Iriz Edisi Terhad berwarna ‘Graphite Grey’ dan ‘Cotton White’, manakala ‘The Stripe’ khusus untuk Iriz Edisi Terhad yang berwarna ‘Fire Red’ dan ‘Atlantic Blue’.

Hanya 2,000 unit Iriz Edisi Terhad akan dikeluarkan, pada harga jualan bermula dari RM44,450 – RM49,130 (harga di Semenanjung Malaysia). Siri terbaharu Proton Iriz yang terhad dan eksklusif ini boleh ditempah di semua rangkaian wakil pengedar Proton di seluruh negara. Sebagai tambahan, para pelanggan Proton kini turut ditawarkan diskaun hebat sehingga RM8,000 untuk model-model terpilih di dalam bulan November ini.

Sumber: Proton Cars FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here