EICMA 2016: BMW HP4 RACE 2017 diperkenalkan dengan binaan kerangka utama dan rim roda buatan gentian karbon

0
106

2017-bmw-hp4-race-002

Dalam pameran yang berlangsung di EICMA 2016 ketika ini, Ducati merupakan antara pengeluar yang berjaya melakukan kejutan apabila muncul bersama-sama model terbaharu 1299 Superleggera 2017. Keterujaan yang didatangkan melalui model supersport berkenaan ialah apabila komponen ‘frame’, ‘swingarm’, ‘subframe’, ‘wheels’ dan ‘fairing’ diperbuat daripada material yang diketahui sangat ringan dan kukuh; gentian karbon (carbon fibre).

Bagaimanapun, Ducati bukan satu-satunya pengeluar yang tampil eksklusif dengan teknologi yang boleh dikatakan ekstrem itu, apabila BMW Motorrad turut melakar kejutan dengan menghadirkan mesih prototaip versi perlumbaan mereka sendiri, BMW HP4 RACE 2017, juga dengan binaan dan teknologi kejuruteraan gentian karbon. Pada HP4 RACE, kerangka utamanya dan rim roda depan dan belakang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya, seterusnya meliputi bahagian badan yang lain demi berat yang optimum.

Setakat ini, model prototaip canggih BMW HP4 RACE 2017 yang dipamerkan di EICMA 2016 ini masih dalam pembangunan untuk fasa seterusnya, dan BMW berjanji akan mendedahkan lebih banyak spesifikasinya selepas ini. Model BMW paling eksklusif sepanjang zaman ini akan dikeluarkan secara buatan tangan (manufactured by hand) dalam jumlah terhad yang eksklusif dan akan muncul di pasaran dalam masa separuh pertama tahun depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here