Suzuki GSX250R 2017 untuk pasaran UK

0
136

2017-suzuki-gsx250r-001

Laman sesawang rasmi Suzuki UK kini telah menyiarkan paparan untuk model terbaharu Suzuki GSX250R 2017 yang baru saja diperkenalkan di EICMA 2016, namun tiada maklumat selanjutnya mengenai tarikh pelancaran rasmi untuk pasaran di negara tersebut.

Untuk pasaran UK, dua pilihan warna untuk GSX250R boleh didapati iaitu ‘Metallic Triton Blue’ dan ‘Pearl Nebular Black’. Menurut laman sesawang Suzuki Global pula, GSX250R turut diperkenalkan dalam warna ‘Pearl Glacier White No.2’ yang juga kelihatan menarik.

2017-suzuki-gsx250r-specifications

Suzuki GSX250R 2017 didatangkan dalam varian standard dan ABS. Selain daripada memiliki reka bentuk yang menarik dan sporty, enjin bersesaran 248cc yang melengkapinya juga menawarkan kuasa yang memuaskan pada angka 25PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 23.4Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisinya ialah 6-kelajuan yang lancar.

Sama seperti model-model terbaharu lain yang akan menjengah pasaran mulai tahun depan, enjin GSX250R turut mematuhi piawaian ketat Euro4. Untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi, anda boleh saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here