EICMA 2016: BMW G 310 GS diperkenalkan secara rasmi, model GS mampu milik untuk pasaran yang lebih luas

0
140

2017-bmw-g-310-gs-002

Setelah muncul dalam beberapa siri gambar-gambar ‘spyshot’ dalam tempoh beberapa bulan yang lepas, akhirnya BMW G 310 GS serba baharu rasmi diperkenalkan di EICMA 2016. Ini merupakan model penting bukan saja untuk BMW Motorrad, malah untuk peminat motosikal kembara GS di seluruh dunia yang telah lama menyimpan impian memiliki siri tersebut.

Untuk BMW Motorrad, model ini mempunyai kepentingan sama seperti model G 310 R, kerana ianya dibangunkan dengan asas enjinnya di bawah 500cc, khusus untuk pasaran yang lebih luas di seluruh dunia. Tambahan pula tumpuan peminat di seluruh dunia kini mula terarah kepada sebuah model penjelajah berasaskan enjin lebih kecil, yang lebih penting untuk peminat dan juga pelanggan ialah tawaran harganya yang kini lebih mampu milik.

2017-bmw-g-310-gs-018

Untuk makluman anda, BMW G 310 GS dikuasakan enjin berkapasiti 313cc sejukan cecair dengan satu silinder tunggal, seterusnya disertai oleh transmisi 6-kelajuan dan sistem suntikan bahan api yang cekap dan ekonomi. Dengan keluaran kuasa mencapai 34hp @ 9,500rpm dan tork maksimum 28Nm @ 7,500rpm, G 310 GS merupakan peneman yang ideal untuk sesi tunggangan yang dinamik dan menyenangkan. Model terkecil GS ini mempunyai berat hanya 169.5 kg, membolehkan ianya dikawal dengan lebih mudah.

Sama seperti model motosikal BMW yang lain, G 310 GS didatangkan dengan sistem brek ABS sebagai ciri standardnya. Sistem ABS pada model berkenaan boleh dinyahaktifkan dengan mudah melalui tekanan pada butang yang tersedia jika situasi memerlukan. Selain itu, paparan instrumennya yang besar (large liquid crystal display) menawarkan kejelasan yang cemerlang dengan pelbagai informasi yang berguna.

Pilihan warna untuk G 310 GS serba baharu ini adalah seperti ‘Cosmic Black’, ‘Racing Red’, dan ‘Pearl White’ (metallic). Bersama-sama model kembarnya dalam versi ‘naked’ G 310 R, pengeluarannya akan dilakukan di fasiliti milik TVS Motor Company yang terletak di Hosur, Tamil Nadu, India. Dengan pengenalan model G 310 GS ini, ianya adalah permulaan yang baik untuk peminat GS meneroka dunia premium sebenar BMW Motorrad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here