EICMA 2016: Yamaha perkenal jentera lumba YZF-R6 2017

0
138

2017-yamaha-yzf-r6-race-bike-001

Baru saja diperkenalkan dalam versi produksi pada 13 Oktober 2016 yang lepas, Yamaha YZF-R6 2017 kini muncul pula di EICMA 2016 di Milan, Itali, tetapi kini dalam versi perlumbaan untuk saingan FIM Supersport World Championship 2017 pada tahun depan.

Dari segi penampilan dan reka bentuk keseluruhannya, jentera lumba YZF-R6 2017 ini ternyata mempunyai penampilan yang agak radikal, dengan mengambil inspirasi secara terus daripada jentera perlumbaan Yamaha dalam kelas MotoGP dan WorldSBK. Ianya juga dikatakan telah bersedia untuk berlumba (Race Ready) apabila tiba masanya nanti.

Yamaha YZF-R6 2017 dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang inovatif, antaranya ialah ‘Yamaha Chip Controlled Throttle’ (YCC-T) dan ‘Yamaha Chip Controlled Intake’ (YCC-I) untuk kawalan mantap dalam pelbagai situasi tunggangan, termasuklah dilengkapi sistem ‘Traction Control System’ (TCS) yang boleh dilaras menggunakan suis di bar pemegang (handlebars). Selain itu, YZF-R6 juga dilengkapi ‘Quick Shift System’ (QSS) untuk penukaran gear yang lebih pantas, sama seperti yang digunakan pada model YZF-R1.

Ciri-ciri lain yang dipadankan untuk YZF-R6 yang dipamerkan di EICMA 2016 ini termasuklah ‘fairing’ perlumbaan penuh (consisting of a two-piece front and single piece seat), sistem ekzos titanium Akrapovic Evo yang serba lengkap,  brek depan Brembo T-drive berkembar (disc Ø 320 mm), brek belakang Brembo tunggal (disc Ø 220 mm), fork teleskopik suspensi depan dengan kit Ohlins Cartridge, dan tayar perlumbaan Pirelli Diablo (front: 120/70 ZR17M/C, rear: 180/55 ZR17M/C) mengikut peraturan kejohanan yang ditetapkan.

Menurut Yamaha Motor Europe, peraturan kejohanan hanya membenarkan pengubahsuaian yang minima terhadap YZF-R6 versi produksi yang dijadikan jentera perlumbaan, yang mana ianya melibatkan komponen-komponen seperti kepala silinder, sistem suspensi, penyerap hentak belakang, fork depan, sistem eletronik dan brek cakera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here