
Nampaknya pameran EICMA 2016 kali ini sangat menarik dirasakan, khususnya apabila Suzuki menampilkan empat model terbaharu seperti skuter BURGMAN 400 serba baharu, model sportbike jalanan GSX-S125, sportbike standard GSX250R, dan akhir sekali model yang sangat-sangat dinanti-nantikan iaitu motosikal kembara V-Strom 250.
Suzuki BURGMAN 400 bakal dilancarkan dalam tahun depan (Spring 2017) di pasaran Eropah dan Amerika Utara, manakala GSX-S125 akan memulakan jualannya di pasaran Eropah dan lain-lain pada musim panas (Summer 2017). Untuk model GSX250R dan V-Strom 250 pula, pelancaran pertama masing-masing akan berlangsung di China bermula dari musim sejuk 2016 dan musim panas 2017 (Winter 2016 & Summer 2017).
Secara keseluruhannya bersama-sama lima lagi model yang diperkenalkan di INTERMOT 2016, Suzuki akan mempamerkan sembilan model kesemuanya untuk musim 2017 di pameran EICMA 2016 kali ini. Sedihnya, tiada sebarang perkembangan kemasukan model-model terbaharu Suzuki dalam kelas 250cc ke bawah untuk pasaran Malaysia ketika ini.