EICMA 2016: penampilan rasmi pertama motosikal crossover Honda X-ADV 2017

0
142

2017-honda-x-adv-001

Tahun lepas bertempat di EICMA 2015, Honda memperkenalkan model konsep Honda City Adventure. Beberapa bulan selepas itu, Honda telah mengesahkan model konsep itu diberi nama ‘X-ADV’, dan kini di EICMA 2016, model berkenaan telah pun membuat penampilan rasmi pertama dan dikenali dengan nama ‘Honda X-ADV’. 

Menurut Honda, model tersebut merupakan sebuah motosikal crossover yang sangat menarik rekaannya, walaupun secara zahirnya tidak salah kalau kita masih mengenalinya sebagai sebuah model skuter masa kini yang tampil serba moden. Kelebihan X-ADV 2017 ini antaranya ialah kemampuannya untuk meredah laluan off-road, juga boleh digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh dengan selesa.

Enjinnya bersesaran 745cc (liquid-cooled SOHC 8-valve parallel twin-cylinder engine) yang menghamburkan kuasa memuaskan pada paras 54.7PS @ 6,250rpm, dengan tork maksimumnya mencapai angka 68Nm @ 4,750rpm. Sistem transmisi yang dipadankan untuk enjin tersebut adalah daripada jenis Dual Clutch Transmission yang lancar.

Untuk pasaran Eropah, X-ADV didatangkan dalam pilihan dua warna standard dan dua warna ‘special edition’, iaitu ‘Digital Silver Metallic’, ‘Matt Bullet Silver’, ‘Pearl Glare White’ (a Tricolour image reminiscent of the Africa Twin) dan ‘Victory Red’ (reminiscent of the CRF off-road family look). Motosikal crossover berjiwa kembara ini dikatakan sangat sesuai untuk tunggangan di dalam bandar, atau ketika bercuti di kawasan desa pada hujung minggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here