Pengeluaran Honda CBR250RR 2017 kini bermula di kilang AHM Karawang di Jawa Barat, Indonesia

0
119

pengeluaran-honda-cbr250rr-2017-bermula-001

PT Astra Honda Motor (AHM) pada tarikh 3 November 2016 yang lepas secara rasminya mengumumkan pengeluaran Honda CBR250RR 2017 kini bermula di kilang AHM Karawang, yang terletak di Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Ini seterusnya menjadikan Indonesia sebagai negara pertama yang memproduksikan model supersport berkenaan. 

Menurut AHM lagi bersempena dengan pengeluaran barisan pertama CBR250RR 2017, seramai 60 pelanggan pertama yang menempah model berkenaan sebelum ini telah dibawa ke kilang AHM bagi melihat sendiri proses pengeluarannya. Selain itu, pihak media juga telah dijemput bersama-sama dalam menjayakan program yang diatur itu.

Antara pengesahan rasmi daripada AHM mengenai CBR250RR 2017 ini ialah jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjinnya. AHM berbesar hati memberitahu bahawa kuasa dan prestasi maksimum sebenar model tersebut ialah 38.7PS @ 12,500rpm dengan tork maksimumnya mencapai angka 23.3Nm @ 11,000rpm. Ianya terhasil daripada enjin generasi baharu berkapasiti 250cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 8-valve, paralel twin cylinder).

Berkenaan harga, AHM telah mengumumkan bahawa harga rasmi untuk CBR250RR 2017 ialah sebanyak Rp 62,900,000 bagi varian Standard, manakala varian dengan sistem brek ABS dijual pada harga Rp 68,900,000. Kedua-dua harga merupakan OTR (On The Road), khusus untuk pilihan warna ‘Anchor Graymetallic’ dan ‘Mat Gunpowder Black Metallic’.

Sementara itu, Honda CBR250RR 2017 dengan warna ‘Honda Racing Red’ ditetapkan harganya sebanyak Rp 63,500,000 untuk varian Standard, manakala untuk varian ABS harganya ialah sebanyak Rp 69,500,000. Menurut AHM lagi, kesemua varian CBR250RR 2017 akan berada di bilik pameran Honda di pasaran Indonesia mulai November 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here