MV Agusta F3 675 RC 2017, edisi terhad 350 unit

0
58

2017-mv-agusta-f3-675-rc-001

MV Agusta F3 675 RC 2017 baru saja diperkenalkan untuk pasaran di seluruh dunia, namun kuantiti pengeluarannya terhad kepada hanya 350 unit sahaja. Model berprestasi tinggi ini dikuasakan enjin tiga silinder berkapasiti 675cc, dengan pengeluaran kuasanya mencapai angka 128hp @ 14,400rpm dan tork maksimum 71Nm @ 10,900rpm.

Berdasarkan maklumat di dalam laman sesawang rasmi MV Agusta, harga yang ditetapkan untuk F3 675 RC 2017 ini adalah sebanyak £12,950 di pasaran UK, bersamaan RM67,932.72 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik model berkenaan dalam paparan galeri yang tersedia di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here