Modenas dijangka akan melancarkan dua model skuter terbaharu – Modenas Elegan 250 dan Modenas Karisma 125

0
217

modenas-kymco-elegan-250

Merujuk kepada artikel yang disiarkan kelmarin mengenai majlis pelancaran model terbaharu Modenas yang akan berlangsung dalam bulan November ini, kini terdapat maklumat terbaru mengenai model-model yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Modenas nanti. 

Jika maklumat ini adalah tepat, Modenas dijangka akan melancarkan dua model skuter terbaharu hasil kerjasamanya dengan Kymco, iaitu Modenas Elegan 250 dan Modenas Karisma 125. Kedua-dua model berkenaan pada asalnya adalah model keluaran Kymco yang kini telah diberikan penjenamaan semula (rebadged) oleh Modenas.

modenas-kymco-karisma-125

Menurut sumber, Modenas akan melancarkan Elegan 250 dan Karisma 125 terbaharu pada tarikh 25 November 2016 akan datang. Buat masa ini, anda boleh melihat dahulu dua keping gambar skuter yang diperkatakan itu di sini. Adakah ianya cukup menarik bagi anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here