Suzuki GSX-R125 akan berada di pasaran Eropah mulai 2017

0
174

2017-suzuki-gsx-r125-001

Diperkenalkan secara rasmi di INTERMOT 2016 pada 4 Oktober 2016 yang lepas, Suzuki GSX-R125 tampil dengan reka bentuk terkini yang cukup memikat, sporty dan mampu memberikan saingan sengit kepada model-model lain sekelas dengannya.

Bakal berada di pasaran Eropah mulai tahun depan (coming late summer 2017), Suzuki GSX-R125 2017 dikuasakan enjin bersesaran 125cc (4-stroke, 1-cylinder, liquid-cooled, DOHC), seterusnya dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan. Enjinnya turut dilengkapi sistem suntikan bahan api (fuel injection) dengan sistem penghidup jenis eletrik.

Ciri-ciri menarik lain pada model berkenaan termasuklah rekaan kerangka yang kompak dan ringan, dipasangkan roda buatan aluminium yang ringan, kehadiran sistem ‘keyless ignition’, ‘keyless fob’ dan ‘Suzuki easy start system’, reka bentuk badan yang aerodinamik, paparan instrumen LCD, dan tidak dilupakan kehadiran¬†lampu depan jenis LED.

Selain itu, Suzuki GSX-R125 2017 juga dilengkapi brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, termasuklah didatangkan sistem brek ABS. Menurut Suzuki, tangki bahan apinya mampu mengisi petrol sehingga 11 liter, dan dikatakan tidak perlu diisi terlalu kerap disebabkan oleh tahap ekonomi bahan api model tersebut yang sangat menjimatkan.

Suzuki GSX-R125 ini boleh dikatakan tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, namun kembarnya Suzuki GSX-R150 yang baru saja diperkenalkan di IMOS 2016 baru-baru ini mungkin akan menjadi pengganti. Kita tunggu saja perkembangan selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here