
Sebelum ini dikhabarkan Modenas akan mengedarkan skuter berjenama Kymco untuk pasaran Malaysia, namun tiada sebarang pengumuman rasmi dari pihak Modenas setakat ini. Terkini, laman Facebook rasmi Modenas telah menyiarkan ‘teaser’ yang membayangkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan model baharu dalam bulan November ini.
Jadi, model terbaharu apakah yang akan dilancarkan oleh Modenas kali ini? Sudah pasti ianya bukan moped 150cc yang dijangkakan hanya akan dilancarkan pada pertengahan tahun depan, sebaliknya model skuter terbaharu hasil kerjasama di antara Kymco dan Modenas lebih diyakini akan dilancarkan nanti. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.